Membaca karya Uthaya Sankar SB umpama kita mengalir dalam
sungai ilmu yang indah yang penuh sejarah, fakta dan mitos. Karya yang membuka
minda dan membuat kita lebih peka dalam memahami dan menghormati kewujudan
budaya dan agama orang lain. Panchayat
bagi saya adalah refleksi diri kita semua tanpa mengira kaum dan agama. Panchayat adalah kita; setiap watak di
dalamnya mewakili setiap sisi hitam dan putih peribadi/jiwa kita. Panchayat adalah sebuah karya yang harus
dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang terbuka (dan mahu membuka) mindanya. – Bintang D’Zie (Pengarah Urusan
Kasih D'zie Enterprise) dalam Panchayat: Edisi Khas.