Sebuah
cerita yang hebat. Saya terkenang akan kenangan lalu apabila kita mempunyai
jiran-jiran Cina dan juga India. Kita banyak belajar adat antara satu sama
lain. Filem-filem dulu yang saya tonton bersama-sama ibu, seorang peminat tegar
filem Tamil, banyak membuatkan saya rindu pada unsur-unsur dalam Panchayat. Dulu saya hanya mengetahui
gelaran itu sekadar ketua menjatuhkan hukuman. Sekarang, dengan novel ini,
barulah saya lebih jelas. Novel yang menarik dan memberikan kita banyak sudut
pembelajaran; kebudayaan dan juga kemanusiaan. Novel yang harus dimiliki oleh
semua lapisan! – Mohd Rafi Jalaluddin
(penulis Dulu Pencuci Kini Pengurus) di Facebook pada 28 Ogos 2012.