Pada Ogos dan September 2009, saya pernah
menjual beberapa buku saya menerusi promosi “Buku-buku dari Kubur”. Malah saya
menawarkannya pada “harga dari kubur”. Sila rujuk artikel “Buku-buku yang Bangkit Semula dari Kubur”
yang disiarkan di The Malaysian Insider
(8 Ogos 2009) untuk maklumat lanjut.
Kini, selain daripada menjual beberapa buku
karya Faisal Tehrani, Roslan Jomel dan Jimadie Shah Othman – RUJUK DI SINI – serta dua judul karya
Datuk A. Samad Said – RUJUK DI SINI – saya juga memutuskan
untuk menjual jumlah terhad “Tiga Buku dari Kubur”.
Tiga judul “retro” kumpulan cerpen Bahasa Malaysia ditawarkan kepada sesiapa
yang berminat memiliki buku-buku ini sebagai koleksi peribadi:
Orang Dimensi (DBP: 1994 – cetakan pertama)
Ini buku pertama
Uthaya Sankar SB sejak bergelar penulis. Gaya penyampaian yang tersendiri dan
asli serta diadun secara padat dan pendek sehingga menimbulkan kesan yang
mendalam. Tiada penjelasan yang bertele-tele dan/atau membosankan melainkan
cerita bertempo cepat, justeru menjadikannya memikat dari mula hingga akhir.
Siru Kambam (DBP: 1997 – cetakan kedua)
Kampung kecil
bernama “Siru Kambam” di Taiping, Perak semakin sebati dengan karya-karya
Uthaya Sankar SB. Kesemua cerpen dalam kumpulan ini memperlihatkan keterampilan
penulis muda ini menguasai mekanisme penulisan dengan baik dan diperteguh pula
dengan gaya bahasa yang menarik. – Dr Othman Puteh (Allahyarham) [BACA LAGI]
Surat Dari Madras (DBP: 1999 – cetakan pertama)
Pasti ada sebab
yang munasabah mengapa kumpulan cerpen remaja ini menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99. Buku ini mengumpulkan 16
buah cerpen yang mencabar minda serta merangsang pemikiran kreatif dan kritikal
dalam kalangan pembaca. [BACA LAGI]
Harga pakej “tiga buku” yang ditawarkan
adalah seperti berikut; sementara stok masih ada:
Orang Dimensi +
Siru Kambam + Surat Dari Madras
Harga pakej: RM30.00 sahaja
Kos penghantaran: PERCUMA (pos biasa; Malaysia sahaja)
Catatan: Setiap buku akan ditulis nama pembeli dan ditandatangani
penulis
Jumlah baki stok yang ditemui “terkubur” di
stor adalah terhad. Maka, konsep “siapa
(bayar) cepat, dia dapat” digunakan dalam jualan ini.
Anda juga mungkin berminat untuk memiliki:
Rudra Avatara (USSB: 2008 – cetakan pertama)
Sejumlah sebelas
cerpen yang terkandung di dalam buku ini dipilih secara penuh teliti supaya
sesuai bagi bacaan, tafsiran, pemahaman, penilaian dan kritikan golongan yang
gemar membaca karya yang mencabar minda. [BACA LAGI]
Kathakali (USSB: 2009 – cetakan pertama)
Cerpen-cerpen
dalam kumpulan ini menampilkan teknik, gaya dan persoalan yang mencabar minda
serta memaksa pembaca berfikir secara kritis dan di luar corak pemikiran
konvensional. Kathakali menampilkan
citra dan aspirasi generasi muda Bangsa Malaysia dari kaca mata salah seorang
sasterawan terpenting di Malaysia. [BACA LAGI]
Harga pakej “dua buku” yang ditawarkan
adalah seperti berikut; sementara stok masih ada:
Rudra Avatara + Kathakali
Harga pakej: RM20.00 sahaja
Kos penghantaran: PERCUMA (pos biasa; Malaysia sahaja)
Catatan: Setiap buku akan ditulis nama pembeli dan ditandatangani
penulis
Anda juga mungkin berminat untuk memiliki:
Judul:
Travelog Beijing
Pengarang:
Uthaya Sankar SB, Izan Ali, Nurfa
Harga
Pasaran: RM22.00 (Sabah/Sarawak: RM25.00)
Harga
Runtuh (seluruh Malaysia): RM16.00
Anda Jimat: RM6.00 (Sabah/Sarawak:
RM9.00)
Kos
Penghantaran: PERCUMA
(Ditanggung
oleh Kavyan)
Sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my
[jangan lupa
.my] atau hantar mesej peribadi (PM) menerusi Facebook
untuk membuat pesanan. Atau lakukan pembelian secara dalam talian dengan membuat bayaran dan mengisi Borang Tempahan Buku Bermutu.
[Sila JANGAN membuat pesanan menerusi telefon atau SMS kerana tidak akan dilayan sama sekali.]
Buku-buku akan dikirim melalui pos kepada
pembeli selewat-lewatnya dua hari
selepas bayaran diterima (tidak termasuk Ahad dan cuti umum).
Puak “anti-Uthaya”
dan “anti-Kavyan” amat wajar membeli
dan mengkaji buku-buku ini sebagai usaha mencari alasan untuk menyemarakkan
kempen “anti” yang sedang giat dilakukan.
Orang
ramai pula boleh membeli dan membaca buku-buku ini sebagai santapan minda.
Sesuai juga bagi mahasiswa dan pengkaji sastera. Buku-buku lain: SILA KLIK DI SINI.