Tuesday, 3 July 2012

Penerbitan Berkebajikan

Pertama sekali, sekalung ucapan terima kasih atas kesudian rakan-rakan dan kenalan yang memberi sokongan terhadap penerbitan Panchayat: Edisi Khas dengan sedia tampil memberi sumbangan berbentuk tempahan awal (pre-order) novel berkenaan.

Sesungguhnya saya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan. Inilah sebenarnya konsep “masyarakat berkebajikan” di mana ramai individu/kenalan tampil memberi sumbangan dalam usaha membantu merealisasikan impian saya menerbitkan sebuah novel.

Ingat: Tanpa sumbangan rakan-rakan berkenaan, novel Panchayat: Edisi Khas mustahil dapat terbit!

Sekiranya semua perkara berjalan lancar seperti dirancang, novel Panchayat: Edisi Khas dijangka terbit sebelum 31 Ogos 2012.

Harap maklum bahawa novel ini dicetak menggunakan wang yang disumbangkan rakan-rakan dan kenalan menerusi tempahan awal. Maka, saya tidak akan memberi naskhah percuma kepada sesiapa. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan tempahan.