Sudah agak lama saya tidak menganjurkan
sebarang kuiz dan pertandingan yang menawarkan hadiah buku.
Pertandingan kali ini khusus bagi mereka
yang beralamat di Malaysia (termasuk Semenanjung Malaysia) dan sudah membaca
kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008) dan Kathakali (2009).
Tajuk: Pilih sebuah cerpen dalam buku Rudra Avatara atau Kathakali
dan tulis ulasan sepanjang 80-100 perkataan untuk menerangkan mengapa anda
menyukai cerpen itu.
Foto: Sila kirimkan
juga sekeping foto (digital) anda bersama-sama (memegang/membaca) buku Rudra Avatara atau Kathakali.
Sepuluh ulasan terbaik dan terawal akan
menerima hadiah buku iaitu Travelog
Beijing (2012).
Ulasan perlulah asli dan dikirim ke alamat
e-mel uthayasb@yahoo.com.my
[Nota: Jika tertinggal “.my” maka e-mel tidak akan sampai.]
Ulasan yang kurang bermutu, diciplak dan
tidak memenuhi kriteria tidak akan dipertimbangkan.
Ulasan (80-100 perkataan) serta foto perlu
dikirim selewat-lewatnya pada 31 Mei
2012. Bagaimanapun, penyertaan akan ditutup
secara automatik (tanpa sebarang makluman) sebaik sudah ada sepuluh penyertaan
yang layak menerima hadiah.
Ulasan
mestilah ditulis menggunakan Bahasa Malaysia. Sepuluh ulasan yang
terpilih akan turut disiarkan di blog.