1 Dec 2011

Interlok: NIAT Mahu Lapor Polis

Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) yang dipimpin Datuk Haji Thasleem Mohamed Ibrahim menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) – khasnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – dalam isu novel Interlok.

Dalam kenyataan yang tersebar luas menerusi SMS dan ruang siber sejak awal pagi 1 Disember 2011, Sekretariat NIAT menyatakan bahawa Datuk Thasleem akan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 10:00 pagi, 3 Disember 2011.


“NIAT menjemput orang ramai hadir beramai-ramai untuk turut membuat laporan polis. Salinan kandungan laporan polis akan disediakan oleh urus setia,” kata mesej itu yang turut dipaparkan di laman Malaysian Indian’s Voice For Change.


NIAT menggesa novel Interlok diharamkan kerana berpendapat karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu mempunyai kandungan yang menghina kaum Melayu, Cina dan India serta bertentangan dengan ajaran Islam.



Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lengkap berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid.