Tuesday, 6 September 2011

Jejak Kasih: Anuar Ghazali

Apabila dihubungi menerusi telefon pada 2 September 2011, Pengarah Urusan Associated Educational Distributors (M) Sdn Bhd (AED), Encik Steven KH Lee memberitahu saya bahawa “Anuar (pemilik V-Nice Resources) dah ‘mainkan’ kami” dalam urusan teks Komsas.

Saya memaparkan maklumat itu di blog pada 5 September 2011 [BACA DI SINI] dan saya dihubungi seorang individu yang membekalkan beberapa maklumat berguna mengenai pemilik V-Nice Resources.


Nama: Anuar bin Ghazali


Tarikh Lahir: 23 Mac 1962


Kereta: Mercedes 230


Pendaftaran Kereta: WNV 9868


Maklumat berkenaan saya paparkan pada ruangan status Facebook. Saya nyatakan bahawa jika tidak dapat dicari, maka mungkin perlu disiarkan menerusi program “Jejak Kasih” di TV3.


Saya juga bertanya jika sesiapa ada kenalan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mungkin boleh membantu.


Seorang individu segera mengirim SMS untuk memberikan nama dan nombor telefon seorang pegawai JPJ yang boleh dihubungi. Terima kasih! Terbukti bahawa saya dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) tidak sendirian dalam usaha membantu lima rakan penulis yang dinafikan hak royalti mereka!


Saya akan menghubungi pegawai JPJ itu pada 6 September 2011. Nantikan perkembangan lanjut!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!