Pada jam 10:30 pagi, 18 Mac 2011, Uthaya Sankar SB dan G Krishnabahawan memenuhi undangan untuk bertemu Presiden MIC di ibu pejabat MIC dan membentangkan apa yang sebenarnya berlaku semasa perjumpaan di Aras 3, Menara Parlimen pada 16 Mac 2011..
Pertemuan ini adalah untuk “membentangkan” apa yang berlaku pada 16 Mac 2011 dan tidak ada apa-apa kaitan dengan sebarang usaha “memujuk” atau “kekal dalam Panel Bebas”.
.
Butir lengkap berkaitan apa-apa yang dibentangkan boleh dibaca DI SINI.
.
Tiada sebarang perubahan pada pendirian Dr Rajendran, Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB selepas apa yang berlaku pada 16 Mac 2011.
.
Kami bertiga berpegang pada keputusan pindaan yang telah diperakukan secara konsensus oleh Panel Bebas pada 4 Mac 2011. Sekiranya pindaan tidak dilakukan seperti diperakukan, maka novel Interlok edisi murid perlu dikeluarkan terus; seperti yang sudah dinyatakan bersama-sama senarai pindaan yang sudah diperakukan itu.
.
Perkembangan dan kenyataan rasmi akan dimuatkan di blog ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.