20 Mar 2011

Kenyataan Uthaya mengenai NIAT

Saya secara peribadi kagum membaca laporan mengenai pelbagai aktiviti ahimsa seluruh negara anjuran NIAT pada 20 Mac 2011. “Suara” majoriti kaum India pelbagai agama di Malaysia amat jelas berhubung kontroversi novel Interlok edisi murid.
.

Ada pihak yang cuba menyebarkan “berita palsu” kononnya NIAT cuba “tumpang glamour” berikutan tindakan saya, Dr NS Rajendran dan Krishnabahawan berundur daripada Panel Bebas pada 16 Mac 2011.

.

Jangan biarkan “berita palsu” seperti itu mempengaruhi atau melemahkan semangat NIAT. Semua sedia maklum bahawa NIAT amat kuat dan tidak perlu “tumpang glamour” sesiapa, termasuk “glamour” daripada tiga wakil kaum India dalam Panel Bebas.

.

Apa yang dilakukan oleh NIAT mungkin tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh tiga wakil kaum India dalam Panel Bebas atau apa yang dilakukan Kumpulan Sasterawan Kavyan atau mana-mana pihak lain. Akan tetapi, kesemuanya adalah suara kaum India yang merupakan Bangsa Malaysia.

.

Kalaulah saya berpeluang menghadiri aktiviti NIAT pada 20 Mac 2011, jangan ada pihak cuba politikkan! Jangan lupa bahawa saya telah turut hadir ke Perhimpunan NGO Melayu di Rumah Gapena pada 15 Januari 2011 dengan semangat ahimsa.

.

Kenyataan ini adalah kenyataan mewakili diri saya sendiri. Kenyataan ini juga tidak ada sebarang pengaruh politik atau agenda tersembunyi.

.

Wakil media dan orang ramai boleh merujuk blog saya iaitu www.uthayasb.blogspot.com untuk maklumat benar dan sahih dari semasa ke semasa. Jangan dengar khabar angin dan berita palsu!

.

Sokongan terhadap tindakan tiga wakil kaum India yang berundur daripada Panel Bebas juga boleh dinyatakan melalui e-mel dan sila dapatkan maklumat di blog saya [KLIK DI SINI UNTUK PAUTAN].

.

Sekian. Terima kasih.

..

Uthaya Sankar SB (penulis bebas)

20 Mac 2011, 2:00 petang, Shah Alam