20 Mar 2011

Forum Interlok pada 23 Mac 2011

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), National Interlok Action Team (NIAT) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menganjurkan “Forum Interlok: Antara Kesusasteraan, Pendidikan dan Hubungan Kaum” seperti berikut:
.

Tarikh: 23 Mac 2011 (Rabu)

.

Masa: 8.30 malam

.

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

..

Ahli Panel:

.

Dato’ Thasleem Ibrahim (Presiden NIAT)

.

Dr. Chong Fah Hing (Pensyarah UPM)

.

Dr. Azmi Sharom (Pensyarah UM)

.

En. Lee Ban Chen (Penulis kolumnis)

.

En. Uthaya Sankar SB (Presiden Kavyan)

.

Eksekutif Kanan KLSCAH, Encik Ng Yap Hwa berkata, panel akan meninjau kontroversi novel Interlok dari sudut kesusasteraan, pendidikan dan hubungan kaum.

.

“Forum ini dianjurkan sebagai susulan kepada suatu dialog tertutup melibatkan empat pertubuhan di atas dan dua pertubuhan penulis iaitu Seniman Paksi Rakyat dan Budayawan Bertindak,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel.

.

Orang ramai dialu-alukan menyertai majlis ilmu ini dan kemasukan adalah percuma. Sebarang pertanyaan, hubungi Cik Leong (03-22746645) atau Encik Ng (03-26971971/2) atau layari www.klscah.org.my