..
Kesemua SMS itu menyokong tindakan kami bertiga yang “terpaksa” berundur daripada Panel Bebas berikutan apa yang berlaku pada 16 Mac 2011.
.Terima kasih juga kepada puluhan individu pelbagai kaum dan agama yang menelefon mewakili diri, keluarga, kawan-kawan, persatuan, NGO, parti (cawangan, bahagian, negeri), syarikat dan sebagainya. Maaf kerana banyak panggilan yang tidak dapat dijawab kerana kami masing-masing sibuk dengan urusan harian.
.Rakaman terima kasih juga kepada wakil media yang melakukan liputan dan laporan secara adil dan objektif; selaras etika kewartawanan yang menjadi pegangan.
.Terima kasih juga kepada wakil media yang sentiasa merujuk blog www.uthayasb.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat penuh, tepat, benar dan sah berhubung pelbagai perkara berkaitan.
.Jika wakil media ada sebarang keraguan atau perlukan maklumat tambahan, boleh menghubungi Uthaya melalui talian 016-3288142; setiap panggilan akan dijawab dengan izin Tuhan.
.Dr Rajendran, Krishnabahawan dan Uthaya juga sudah bersetuju bahawa Uthaya akan bercakap sebagai wakil tunggal jika dihubungi media. Kenyataan rasmi bersama juga akan dipaparkan di blog supaya mudah dirujuk dan dipetik untuk siaran.
.Segala langkah ini bagi memudahkan urusan semua pihak, khususnya wakil media. Sedangkan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Agung pun sentiasa permudahkan urusan untuk hamba-Nya, ini kan pula kami bertiga sebagai manusia biasa.