9 Feb 2011

Sasterawan Negara

Pada 5 Januari 2010, saya mengemukakan kenyataan pada ruangan status di Facebook, meminta rakan-rakan menyatakan nama Sasterawan Negara yang pertama sekali muncul dalam fikiran. Hasilnya boleh dibaca DI SINI.
.
Pada 7 Februari 2011, saya kemukakan begini pada ruangan status di Facebook:
.
Jika diminta menamakan dua (ulang: dua sahaja) Sasterawan Negara, nama siapakah yang paling awal muncul dalam minda anda?
.
Berikut reaksi yang saya terima:
.
Julia Rahmat: A Samad Said.
.
Yogambigai Krishnan: Datuk Usman Awang.
.
Stephen Chung: Datuk A. Samad Said.
.
Nursalwa Adym: A. Samad Said, Pak Sako.
.
Teo Wei Sing: S Othman Kelantan & Shahnon Ahmad.
.
Bluesyworms Jazzyworms: A. Samad Said, Usman Awang (Tongkat Waran)
.
Devaraj P Thangaraju: Usman Awang, Shahnon Ahmad.
.
Asilahnour Ismail van Johari: Anwar Ridhwan, Usman Awang.
.
Amir Muhammad: Usman Awang dan Arena Wati.
.
Sunarti Sukirman: Usman Awang.
.
Krazie Nesh: A Samad Said dan Usman Awang.
.
Enver Anwar: Shahnon Ahmad dan Usman Awang.
.
Siti Zafira Zainal Abidin: Arena Wati dan Usman Awang.
.
Ibnu Waled: A. Samad Said dan Arena Wati.
.
Hariani Ibrahim: Shahnon Ahmad dan Usman Awang.
.
Prabha Rajoo: Datuk A. Samad Said dan Shahnon Ahmad.
.
Akhirnya, pada sebelah malam 7 Februari 2011, saya catatkan begini:
.
Terima kasih. Alahai! Nama Datuk Abdullah Hussain masih tidak muncul secara spontan dalam minda kita rupanya. Untuk tindakan: Gapena, Perkasa dan Pena?
.
Seperti yang dapat dibayangkan, berikutan kontroversi novel Interlok sejak 15 Disember 2010 [BACA DI SINI], nama Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) menjadi sebutan ramai, termasuk orang yang tidak pernah membaca buku-buku beliau.
.
Umum juga mengetahui bahawa Gapena, Pena, Perkasa dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu tampil mempertahankan Interlok dan Pak Lah. Malah, pertama kali dalam sejarah, berita mengenai seorang Sasterawan Negara dan karyanya menjadi berita utama di beberapa akhbar!
.
Anehnya, nama Pak Lah tidak disebut oleh sesiapa dalam tinjauan ringkas yang saya lakukan menerusi Facebook. Memang menghairankan kerana saya telah mengandaikan nama Pak Lah paling banyak disebut dalam tinjauan pada 7 Februari 2011 berbanding tinjauan pada 5 Januari 2010.
.
Jumlah “undi” adalah seperti berikut:
.
Usman Awang – 10 undi
A Samad Said – 7 undi
Shahnon Ahmad – 5 undi
Arena Wati – 3 undi
S Othman Kelantan – 1 undi
Anwar Ridhwan – 1 undi
.
Undi rosak – 1 (Pak Sako)
.
Apa pun, tinjauan yang saya lakukan menerusi Facebook bukan data muktamad, walaupun ia tetap mewakili pandangan umum. [Lihat: Senarai lengkap Sasterawan Negara]
.
Namun, suatu komen yang tidak dapat saya fahami adalah seperti berikut:
.
Mat Piah Teh Deris: Belum habis lagi ke..?. Usah suka menghina orangtua... Satu hari kita juga akan tua...
.
Saya tidak pasti apa kaitan komen beliau dengan topik perbincangan. Namun, ia tetap mewakili pandangan umum. ...
.
Nota 1: Sila klik pada foto di atas untuk membaca catatan asal.
Nota 2: Catatan blog ini dipolemikkan Ku Seman Ku Hussain - BACA DI SINI.