
.
Persoalan sama juga sering bermain dalam minda saya apabila Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengendalikan siri bengkel penulisan dan penghayatan sastera di seluruh negara sejak 1999.
.
Sebenarnya, pertanyaan seumpama itu dalam kalangan Jawatankuasa Kavyan menjadi lebih ketara selepas pemergian Dr Othman Puteh pada 19 Oktober 2003.
.
... Demikian petikan bahagian awal “Luahan Minda” yang saya kirim kepada editor dan disiarkan di majalah Tunas Cipta keluaran Januari 2011. Saya mengemukakan pertanyaan kecil yang pasti sahaja “menyentuh sensitiviti” pelbagai pihak. Apa pun, bak kata orang-orang tua, siapa yang termakan cili, dialah yang terasa pedasnya.