17 Aug 2010

Taklimat Khas Budaya Kaum India

Uthaya Sankar SB

Presiden

Kumpulan Sasterawan Kavyan

27 Jalan 25/82-B

Taman Sri Muda

40400 Shah Alam

016-3288142

uthayasb@yahoo.com.my

.

Puan Hajah Siti Inshah bt Mastor

Pengetua

SMK Tunku Abdul Rahman Putera

Batu 21, Jalan Air Hitam

81000 Kulaijaya

.

18 Ogos 2010

.

Puan,

.

Taklimat Khas Budaya Kaum India

.

Isu terbaru melibatkan sekolah puan sebagaimana dilaporkan di media tempatan adalah berkaitan.

.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 1999 mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya menggunakan Bahasa Malaysia ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.

.

Kavyan diterajui sekumpulan aktivis bahasa, sastera, seni dan budaya kaum India, manakala Penasihat Agung Kavyan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

.

Kami memahami bahawa walaupun puan lahir dan membesar di Malaysia, puan mungkin menghadapi masalah untuk memahami budaya kaum India, sehingga membuatkan puan menganggap kaum India dan Cina sebagai “penumpang” di negara ini.

.

Kavyan juga memahami bahawa sikap yang ditunjukkan oleh puan semasa perhimpunan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 12 Ogos 2010, sebagaimana tercatat dalam laporan polis yang dibuat pada 14 Ogos 2010, adalah kes terpencil dan tidak mewakili majoriti kaum Melayu yang memahami peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta mahu hidup aman damai di negara bertuah ini.

.

Sehubung itu, Kavyan berbesar hati menawarkan diri untuk mengadakan taklimat khas kepada puan berhubung budaya kaum India serta sejarah Malaysia secara percuma di sekolah puan sempena Bulan Kemerdekaan.

.

Selain daripada puan sendiri, puan juga boleh mempelawa guru-guru dan pelajar pelbagai kaum menghadiri taklimat ini ke arah mewujudkan persefahaman, perpaduan, integrasi dan semangat saling menghormati dengan semangat Bangsa Malaysia.

.

Puan boleh melayari www.kavyan.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai Kavyan dan aktiviti yang dikendalikan.

.

Sila hubungi saya dengan segera melalui nombor telefon bimbit 016-3288142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my bagi menguruskan tarikh dan masa yang sesuai bagi mengendalikan taklimat ini.

.

Sekian. Terima kasih.

.

Yang ikhlas,

..

(Uthaya Sankar SB)

Presiden Kavyan
.

s.k.

i. Tan Sri Haji Alimuddin Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

ii. Haji Sufa’at Tumin, Pengarah Pelajaran Johor
iii. Haji Bahrom Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya
iv. SN Datuk A Samad Said, Penasihat Agung Kavyan