2 Jul 2010

Winnie Mandela Bantah Filem “Winnie”

Jennifer Hudson bakal memegang watak Winnie Mandela sementara Terrence Howard melakonkan watak Nelson Mandela dalam filem berjudul Winnie yang sudah pun menimbulkan kontroversi di Afrika Selatan.
.

Lakon layar bagi filem itu dihasilkan oleh Darrell Roodt, Andre Pieterse dan Paul Johnson berdasarkan bilografi berjudul Winnie Mandela: A Life tulisan Anne Marie du Preez Bezdrob.

.

Winnie, 74, berkata, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kerana rancangan membuat filem itu tidak dirujuk lebih dahulu kepadanya.

.

Kesatuan Pekerja Kreatif Afrika Selatan turut membantah filem berkenaan dan bercadang mengambil tindakan moratorium iaitu penggantungan atau penang­guhan projek pembikinan filem itu secara persetujuan bersama.

.

Watak Winnie pernah dilakonkan oleh Alfre Woodard dalam filem Mandela manakala Tina Lifford memegang watak itu dalam drama Mandela and De Klerk (1997).

.

Dalam drama televisyen Mrs Mandela terbitan BBC pada Januari 2010, watak Winnie dipegang oleh Sophie Okonedo.

.

Winnie menjadi isteri kedua Nelson pada 1958 tetapi mereka bercerai pada 1996.
..
(Sinar Harian, 1 Julai 2010)