30 Jul 2010

The Ghost Writer

Pada awal pagi 14 Jun 2010, saya selesai membaca novel The Ghost (2007) karya Robert Harris. Sila KLIK DI SINI untuk membaca catatan saya mengenainya.
.

Sebaik selesai membaca novel yang sangat mendebarkan dari mula hingga akhir itu, saya mendapat tahu bahawa novel berkenaan sudah dijadikan sebuah filem dengan judul The Ghost Writer (di Amerika Syarikat) dan The Ghost (di Britain).

.

Dalam pada berasa amat gembira kerana akan berpeluang menonton versi filem selepas menikmati versi bertulis, tidak dapat tidak, saya pesimistik terhadap kemampuan filem itu nanti mengungkapkan apa yang terkandung dalam versi novel; khususnya dua bab terakhir.

.

Ya, benar. Tun Mahathir pernah berkata bahawa sekiranya Amerika Syarikat mampu menghasilkan filem Avatar, maka negara itu juga mampu “menghasilkan” pengeboman Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001. Sila KLIK DI SINI untuk membaca laporan itu.

.

Namun, saya masih pesimistik terhadap kemampuan pembikin filem Hollywood menampilkan sekurang-kurangnya dua adegan The Ghost yang mampu saya visualkan dalam minda.

.

Pertama, adegan Adam Lang turun dari jet peribadi dan seorang individu [jantina dan identiti dirahsiakan] meletupkan dirinya. Kedua, bab terakhir novel yang tentu tidak akan sama dalam versi filem; kerana amat berkait dengan bahan bercetak.

.

Tanggapan saya ternyata benar. Apabila selesai menonton filem The Ghost Writer (2010) pada 28 Julai 2010, saya tetap memilih versi novel kerana lebih mencabar minda dan memberi kepuasan intelek.

.

Filem The Ghost Writer (2010) berakhir dengan gaya konvensional sedangkan novel The Ghost (2007) membawa kejutan yang akan terus menghantui pembaca!

.

Suatu unsur penting dalam versi novel yang dikekalkan dalam versi filem adalah hakikat bahawa watak utama – the ghostwriter – tidak dinyatakan namanya.

.

Cadangan saya: Tonton versi filem dan kemudian baca versi novel. Pastikan ori, baru beri. Pastikan asli, baru beli.