Tuesday, 1 June 2010

Akilan

P V Akilandam (1922-1988) yang lebih dikenali dengan nama pena Akilan lahir di Perungalore dekat Pudukottai, Tamil Nadu, India. Sepanjang hayatnya, Akilan menghasilkan lebih daripada 45 buku, dan kebanyakannya diterjemahkan ke hampir semua bahasa sukuan di India, serta ke Bahasa Rusia, Inggeris dan Mandarin.

Antara kumpulan cerpen beliau adalah Sathya Avesam, Oorvalam, Erimalai, Viduthalai, Sengarumbu dan Valipiranthathu. Buku kakak-kakak karya Akilan termasuk Thanga Nagaram, Nalla Payan dan Kanana Kannan yang menang hadiah khas Jabatan Pendidikan Tamil Nadu.


Novel-novel beliau yang amat terkenal adalah Chitirapavai (Anugerah Gnanapit daripada kerajaan India, 1975), Vengayin Maindan (Anugerah Sahitya daripada kerajaan India, 1963), Engepogirome? (Anugerah Rajasir Annamalai, 1975), Pavai Vilaku (dijadikan filem lakonan Sivaji Ganesan), Kayalvizhi (dijadikan filem lakonan M G Ramachandran dengan judul “Madurai Meeta Sundara Pandiyan”) dan Palmarakatinile (dijadikan teks Sastera Tamil STPM di Malaysia).


Autobiografi Akilan berjudul Eluthum Valkayum. Pada pandangan Aklian, “penulis tidak sepatutnya menulis apa yang khalayak minta; sebaliknya mesti menulis apa yang khalayak perlu tahu” dan pegangan ini terpancar dalam karya-karya yang dihasilkannya.


Nota: Maklumat ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB untuk sebuah ensiklopedia pelajar tetapi tidak diketahui sama ada ensiklopedia berkenaan sudah terbit.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!