.
Saya menerima tawaran menyertai RTM (Jabatan Penyiaran) pada 2 Julai 1996 dan tarikh terakhir saya berkhidmat sebagai kakitangan RTM adalah pada 31 Januari 2010.
.
Dalam tempoh itu, saya pernah berhenti pada 2002 selepas kelahiran Devishi Prabha Sankari, serta mahu menumpukan pada tugas sebagai pensyarah; sebelum diundang semula sebagai pengulas akhbar bermula 2 Februari 2005.
.
Saya juga berpengalaman sebagai penyampai berita dari Januari hingga Julai 2008.
.
Saya melepaskan jawatan penyunting berita dengan notis 24 jam pada 7 April 2008 kerana isu perkauman; kononnya saya cuba memasukkan “anasir-anasir keling” dalam berita Bahasa Malaysia. [BACA KISAH LANJUT DI SINI]
.
Saya sempat bersama Bernama Radio24 dari Ogos hingga Oktober 2008 sebelum "dibawa" semula ke Angkasapuri untuk menyelia Unit Bencana RTM.
.
Saya memberi notis peletakan jawatan apabila Unit Bencana RTM dimansuhkan dan saya “makan gaji buta”.
.
Pasti sahaja ada pelbagai pengalaman dunia penyiaran sepanjang saya bersama RTM. Akan tetapi, entah mengapa hati saya belum terbuka untuk mengangkat pelbagai kisah “menarik” dan pengalaman “eksklusif” di sana dalam bentuk karya faksyen.
.
Mungkin kerana suasana kerja dan suasana politik di sana membuatkan saya tidak berminat berbuat demikian.
.
Saya menjadi pensyarah di beberapa kolej swasta dari 1999 hingga 2007. Pelbagai pengalaman di sana, saya tuangkan ke dalam karya faksyen; dan masih ada banyak kisah yang boleh ditulis.
.
Kini, selepas berhijrah dari RTM, mungkin hati saya akan terbuka untuk menghasilkan karya faksyen berdasarkan dan bersandarkan pengalaman di RTM.