Aktiviti tidak rasmi ini sebenarnya dirancang sejak pertengahan tahun 2009; sebelum Ganesan ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
.
Bagaimanapun, aktiviti “Fathers and Children’s Day Out” hanya dapat dilaksanakan pada Ahad, 10 Januari 2010; sementara Ganesan masih di luar negara.
.
Saya bersama-sama Muniswaran, Devishi, Ahrrish dan Aishu mula-mula bersarapan di Bangsar sebelum ke KLCC.
.
Devishi, Ahrrish dan Aishu ternyata amat seronok mandi-manda di kolam renang khas bagi kanak-kanak. Munis dan saya mengawasi tanpa mengongkong.
.
Selepas mandi-manda, kami juga ke taman permainan kanak-kanak yang berhampiran. Kemudian ke Pizza Hut di Suria KLCC untuk makan.
.
80 keping foto yang dirakam menggunakan telefon bimbit boleh dilihat di Facebook di bawah label “Fathers and Children’s Day Out”.