Edisi kulit tebal kumpulan cerpen Buying a Fishing Rod for My Grandfather (Gao Xingjian, 高行健, Gāo Xíngjiàn) saya beli dengan harga RM15.00 sahaja di kedai buku Novel Hut, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 21 Disember 2009..
Sebelum ini, saya sudah memiliki novel Soul Mountain dan One Man’s Bible karya Gao Xingjian yang merupakan penerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) bagi tahun 2000. Kedua-duanya saya beli di kedai Pay Less Books beberapa tahun lalu dengan harga murah juga.
.
Membaca cerpen “The Temple” mengingatkan saya kepada cerpen “Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah” manakala cerpen “In The Park” membuktikan kata-kata Gao Xingjian bahawa unsur bahasa yang indah – bukannya plot – mampu menggerakkan cerita.
.
Saya membaca “The Temple” pada petang 7 Januari 2010 dan “In The Park” pada petang keesokannya; sementara menunggu di luar sekolah tempat Devishi Prabha Sankari belajar.
.
Ada empat lagi cerpen untuk saya nikmati minggu ini!