Demikian saya dimaklumkan oleh penerbit berkenaan, Cik Kavitha Kaneapa sekitar pukul 4:40 petang, 16 Disember 2009 menerusi SMS.
Cerpen ini disiarkan buat kali pertama pada 28 Jun 2009. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.
Apa yang menarik, saya dihubungi oleh seorang pemuda bernama Sivapriyan selepas mendengar cerpen berkenaan.
Katanya, dia juga seorang pemilik kedai buku dan suka pergi ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi orang!
.
Untuk makluman, cerpen "Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah" menang tempat kedua Hadiah Cerpen Esso-Gapena 1996.
.Semasa meronda-ronda sekeliling Aulong bersama-sama Devishi pada 13 Disember 2009, saya terkenang kembali akan Siru Kambam yang sudah agak lama ditinggalkan.
Sertai saya pada 20 Disember 2009 untuk kembali ke kampung kecil itu!