Wednesday, 23 December 2009

Amazing Avatar

“Uthaya Sankar SB memutuskan untuk menonton filem "Avatar" (3D) di TGV Sunway Pyramid pada pukul 12:45 tengah hari.”
.
Demikian saya mencatatkan pada ruangan status Facebook pada pukul 10:26 pagi, 23 Disember 2009.
.
Sejak filem berkenaan mula dipromosikan, saya memilih untuk tidak mengambil tahu tentang kisah filem berkenaan kerana mahu masuk ke pawagam dengan fikiran “kosong”.
.
Perlu dinyatakan bahawa ini kali pertama saya menonton filem 3D di pawagam. Sedikit kurang selesa memakai cermin mata khas kerana saya memang sedia bercermin mata.
.
Dari mula hingga akhir, filem Avatar memang amat hebat. Penuh warna. Mendebarkan. Mengasyikkan. Menghiburkan. Menyentuh perasaan.
.
Amazing. Demikian saya mencatatkan komen pada status Facebook pada pukul 3:33 petang; sejurus selesai menonton filem berkenaan.
.
Dialog yang paling meninggalkan kesan di minda dan jiwa saya: “If you are one of us, help us”.
.
Mana-mana golongan minoriti yang sering diperkotak-katikkan oleh kelompok majoriti pasti boleh memahami perasaan masyarakat Na’vi.
.
Amazing Avatar. [Lagi - Avatar tiru Blue Crow]

2 comments:

  1. adakah anda mendapati unsur2 racist agak tebal dalam filem ini?

    ReplyDelete
  2. Farah, terima kasih kerana bertanya.

    Bukan kerana unsur-unsur perkauman tetapi kerana bagi saya, filem ini menggambarkan bagaimana puak yang menganggap dirinya sebagai "tuan" boleh melakukan apa sahaja terhadap puak minoriti lain.

    Dalam hal ini, saya perhatikan bagaimana "manusia" dalam filem 'Avatar' cuba memusnahkan kepercayaan @ budaya @ tradisi puak Na'vi.

    Pasti ada makna berlapis dan tersirat dalam filem ini yang hanya mampu boleh difahami oleh kumpulan minoriti seperti puak Na'vi.

    Namun, tidak. Filem 'Avatar' sedikitpun tidak membawakan tema perkauman (rasis).

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!