Pada pukul 8:30 pagi, sesi terakhir Bengkel Penulisan dimulakan dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Seperti biasa, foto-foto boleh dilihat di Facebook.
.
Kemudian, Puan Norhayati mendaftarkan sebuah blog khas bagi kumpulan pendidik yang menyertai bengkel ini.
Sila KLIK DI SINI untuk mengakses blog berkenaan.
Puan Norhayati memberi jaminan bahawa pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mencari jalan untuk menerbitkan karya para peserta ini. Saya juga akan
Sementara itu, saya meminta peserta mengirim karya kepada saya untuk disalurkan ke akhbar dan majalah. Kini, segalanya terpulang kepada para peserta sendiri. Saya hanya boleh membantu jika mereka mengirim manuskrip kepada saya.
Saya optimis!

No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!