Tuesday, 20 October 2009

Tandas Halimunan

Pada 19 Oktober 2009, saya memuatkan beberapa foto mengenai “tandas halimunan” di album foto Facebook dengan pertanyaan, “Macam mana nak guna ni?”

Foto-foto yang saya rakam di Bilik 212 Residence Inn Cherating menunjukkan “tandas halimunan” yang antara nampak dan tidak hampak. Tetapi, bukan menggunakan Photoshop.

Saya turut berpesan: “Jangan beritahu Puteri UMNO – mungkin akaun FB saya akan diharamkan!” (Fikirkan sendiri mengapa saya kaitkan dengan pihak berkenaan secara terbuka.)

Segera saya mendapat reaksi daripada beberapa rakan. Antaranya:

“Sembahyang dulu sebelum guna.”
“Haha, boleh lawan David Blaine!”
“Tak jadilah sakit perut kalau tandas macam ini.”
“Boleh sakit kepala aku memikirkannya.”
“Tandas untuk hantu?”

Saya sertakan beberapa foto di blog ini untuk diteliti dan mencari penjelasan berhubung “tandas halimunan” ini.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!