Sempena Deepavali pada 17 Oktober 2009, jika saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat dan jiran, jangan terkejut sekiranya saudara tidak menerima layanan mesra seperti yang telah saudara harapkan. Saudara mungkin terpaksa sekadar menyertai ahli keluarga tuan rumah untuk menonton pelbagai program hiburan di televisyen.
Malah, lebih teruk lagi jika kunjungan tetamu tidak diharapkan. Sebenarnya kenyataan ini mungkin sahaja kedengaran agak keterlaluan. Namun, realiti terpaksa kita hadapi. Perayaan Deepavali tidak lagi memiliki semangat tradisional. Sudah luntur nilai asli. Yang tinggal hanya “perayaan”.
Pandangan ini selalu saya utarakan secara terbuka sejak dahulu; dan sering dibidas orang. Saya sudah lali dilabel sebagai seorang yang terlalu kritis terhadap soal kebudayaan kaum India. Kononnya, saya amat suka mencari kesalahan dan kelemahan kaum India!
Biarlah. Saya tidak mahu berpura-pura, berdiam diri dan menutup sebelah mata terhadap apa yang saya lalui dan perhatikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang warga Malaysia.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca pandangan saya yang disiarkan dalam The Malaysian Insider pada 16 Oktober 2009.