
Sesudah itu, Puan Norhayati Razali memberikan penerangan menarik mengenai potensi dan peluang yang terdapat dalam projek NILAM yang dikendalikan di sekolah.
Beliau turut meminta peserta menulis catatan pengalaman menyertai program selama tiga hari di Hotel Sabah.
Dalam perbincangan dengan Puan Yati dan Encik Wee, kami berpendapat bahawa adalah amat menarik jika peserta dan guru dapat meneruskan hasil pengalaman dan ilmu yang diperoleh ini di sekolah masing-masing.
Untuk meluaskan lagi skop capaian catatan pengalaman masing-masing, mereka boleh memblog atau menulis jurnal dalam talian.
Tentulah sayang jika segala pengalaman manis hilang begitu sahaja tanpa dicatat. Apatah lagi selepas diberi tunjuk ajar serta dibekalkan dengan panduan dan ilmu penulisan.