Semasa mahu menambah beliau sebagai rakan di Facebook, barulah saya sedar bahawa Puan Norhayati sudah sedia menjadi rakan saya sebelum ini!
Selepas memblog, saya pergi menyertai aktiviti “Kemahiran Mencatat Nota” yang dikendalikan oleh Puan Norhayati untuk peserta.
Kemudian, saya bersama-sama Puan Norhayati (“Panggil saja Kak Yati,” kata beliau), Encik Wee dan Encik Soje ke Pasar Umum Sandakan. Kami sempat meninjau-ninjau udang kering, ikan kering, udang dan ikan yang dijual di
Di tingkat satu bangunan pasar itu terdapat kedai-kedai menjual cenderamata. Tetapi, menjelang pukul 5:00 petang, kebanyakan kedai sudah mula ditutup.
Sempat membeli anting-anting mutiara untuk Devishi.
Sewaktu sedang makan malam di Hotel Sabah pada pukul 6:30 petang, Devishi menelefon. Dia baru habis sekolah. Tentu sahaja dia terkejut apabila saya katakan bahawa hari sudah gelap di