Monday, 10 August 2009

Berita yang Mencuri Tumpuan pada Awal Pagi

Bekas pelakon kanak-kanak di Britain, Mark Lester, yang memegang watak Oliver Twist dalam muzikal Oliver! (1968) mendedahkan, dia menderma sperma kepada Michael Jackson dan mungkin bapa kepada Paris, anak Raja Pop itu.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pelajar-pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah masing-masing.

Datuk Seri Rajib Tun Razak akan meneruskan tradisi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang pernah melawat kuil Batu Caves sewaktu sambutan Thaipusam semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ketiga) melawat Batu Caves pada tahun 1979. Selepas 30 tahun, Datuk Seri Najib (Perdana Menteri keenam) pula melakukan lawatan rasmi pada 9 Ogos 2009.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan beberapa pihak yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!