28 Jul 2009

Mulakan Ogos 2009 dengan Aktiviti Membaca

Dahulu, bulan Julai sering dikaitkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan buku dan membaca.

Bagaimanapun, sepatutnya – dan seharusnya – aktiviti membaca menjadi budaya harian; bukan bermusim.

Bagi saudara yang berazam “memulakan” budaya membaca secara serius, apa kata saudara menyertai aktiviti anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan pada 1 & 2 Ogos 2009?

Acara “Baca Cerpen Rudra Avatara (II)” akan berlangsung pada 1 Ogos 2009 manakala “Dialog Sasterawan Negara: Datuk A. Samad Said” dijadualkan pada 2 Ogos 2009.

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat “Baca Cerpen Rudra Avatara (II)”.

Sila KLIK DI SINI untuk maklumat “Dialog Sasterawan Negara”.

Sila KLIK DI SINI untuk senarai aktiviti Ogos 2009 anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak.