Pada saya Prof Madya Dr Lim Swee Tin sudah layak diangkat sebagai Sasterawan Negara (SN). Apakah faktor-faktor yang semacam “menghalang” usaha ke arah itu dalam pada kita bercakap mengenai “Satu Malaysia”?
Demikian komen yang saya kemukakan pada 1 Jun 2009, 10:12 pagi melalui Facebook kepada Sayed Munawar, peneraju rancangan bicarawara “Di Luar Lingkungan”.
Sebetulnya, Dr Lim bersama-sama Prof Abdullah Hassan dan Puan Raja Rajeswari Seetha Raman akan menjadi panel untuk membincangkan topik “Bahasa Melayu: 100 Tahun Dahulu, 100 Tahun Akan Datang” secara langsung di TV1, pukul 9:00 malam, 1 Jun 2009.
Secara peribadi, saya juga berasa bangga kerana kedua-dua nama panel yang saya cadangkan dan sarankan diterima oleh pihak penerbitan rancangan berkenaan.
Berbalik pada topik asal tadi, persoalan “di luar lingkungan” yang saya benar-benar berharap akan diulas oleh Sayed Munawar dalam siaran langsung pada malam ini adalah berhubung ketokohan Dr Lim sebagai calon SN berdasarkan kelayakan yang memang sudah sedia beliau miliki.
Anugerah Sastera Negara (yang membawa gelaran “Sasterawan Negara”) dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam Bahasa Malaysia dan menurut pendapat Panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi.
Soal kaum, keturunan, etnik dan agama tidak timbul langsung. Saya terpaksa juga menyatakan perkara ini kerana di Facebook Sayed, ada juga yang bertanya, “sudikah kerajaan yang punya ras Melayu menerima orang Bukan Melayu?” (1 Jun 2009, 1:24 tengah hari).
Mungkinkah persoalan ini akan dirungkai dalam siaran “Di Luar Lingkungan” atau terus diletakkan ... di luar lingkungan?