1 Jun 2009

Mengenang Dato' Usman Awang

Setiap kali menjelang sambutan Hari Guru, sajak “Guru O Guru” karya Sasterawan Negara Allahyarham Dato’ Usman Awang pasti muncul dalam minda.

Begitu juga sajak-sajak “Ke Makam Bonda”, “Pak Utih” dan “Anak Jiran Tionghua”.

Saya berpeluang bertemu “pemegang amanah” karya-karya Allahyarham pada 19 Mei 2009 semasa majlis Pertemuan TPM Dengan Sasterawan Tempatan di Putrajaya.

Kemudian, pada 30 Mei 2009, saya sempat berbincang selama hampir lima jam bersama-sama Puan Haslina Dato’ Usman dan Encik Abdul Rahim Affandi mengenai pelbagai isu berkaitan Allahyarham, konsep Satu Malaysia, aktiviti bahasa dan sastera, komitmen penerbit dan bermacam-macam lagi.
.
12 Julai 2009 - ulang tahun ke-80 kelahiran Dato' Usman Awang, negarawan unggul yang semakin dilupakan.

Jika ingin tahu lebih lanjut, sudilah [KLIK DI SINI].