Persidangan Khas Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban akan berlangsung pada 26 Mei 2009 (Selasa), 9:00 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Kompleks Pentadbiran Daerah, Seremban 2.Urus Setia Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban – melalui surat bertarikh 21 Mei 2009 daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Encik Abdul Latif Abd Aziz – mengundang Uthaya Sankar SB mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan untuk membentangkan kertas kerja berkonsepkan “Satu Malaysia” pada persidangan tersebut.
Peserta persidangan terdiri daripada 60 Ahli Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban yang bersidang untuk membincangkan konsep “Satu Belia”.
Uthaya Sankar SB pernah membentangkan kertas berja berkaitan “Satu Malaysia” sempena Konvensyen Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan pada 9 Mei 2009.
.
Nota: Logo diambil dari blog funzool
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!