11 Feb 2009

Kembalinya Sang Hanuman

“Avatara” – perkataan yang membentuk judul kumpulan cerpen ini – bermaksud penjelmaan semula. Sebelas cerpen dalam kumpulan ini membuktikan kata-kata itu. Uthaya perlu menjelma semula kerana dunia sastera Malaysia memerlukannya – untuk menimbulkan persoalan-persoalan terhadap pembaca dan mencabar mereka yang berselera rendah.
Demikian petikan yang dicetak menggunakan fon besar di halaman 17, Mingguan Wasilah (8-14 Februari 2009) yang menyiarkan ulasan buku Rudra Avatara oleh Shadie Othman dengan tajuk Kembalinya Sang Hanuman.

Saya mendapat berita mengenai penyiaran ulasan ini daripada Jimadie dan Roslan Jomel semasa berada di Baram, Sarawak (4-8 Februari 2009) serta berpeluang membacanya pada 10 Januari 2009.
Ternyata cerpen "Cat" khasnya mendapat lonjakan makna yang cukup berbeza dan berlainan dalam ulasan ini. Malah, pengulas menganggap cerpen berkenaan "boleh hidup sekurang-kurangnya 30 tahun lagi".