Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, bahasa ibunda, latar budaya, pendirian politik, dan orientasi seksual diundang menyertai sesi perbualan santai ini.
Tajuk: Aku, Deepavali,
dan Buku
Tarikh: 23
Oktober 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 –
11.00 malam [waktu Malaysia]
Pelantar: Google Meet
Bahasa
pengantar: Bahasa Malaysia
1. Sahkan
penyertaan anda dengan menghubungi WhatsApp
011-11411952 (Uthaya) sebelum 21
Oktober 2021 (10:00 malam).
2. Pautan (link) bagi Google Meet akan dikirim sekitar pukul 8:55 malam pada 23 Oktober
2021.
3. Segmen 1 — “Aku”
3.1. Setiap peserta wajib memperkenalkan
diri.
3.2. Minimum 2 minit, maksimum 3
minit.
3.3. Maklumat diri seperti nama,
tempat asal, tempat tinggal sekarang, pengalaman kerja, minat dan hobi, keluarga,
serta sebarang perkara berkaitan yang wajar diketahui peserta lain tentang diri
anda.
4. Segmen 2 — “Deepavali”
4.1. Setiap peserta wajib berkongsi
cerita berkaitan sambutan Deepavali.
4.2. Sekitar 4 minit setiap orang.
4.3. Misalnya (contoh sahaja): Pengalaman
menyambut Deepavali pada masa lalu, pengalaman berkunjung ke rumah rakan/jiran
yang meraikan Deepavali, juadah/makanan kegemaran, persiapan menjelang
Deepavali, keunikan/kelainan sambutan Deepavali dalam keluarga anda, atau mitos
tentang asal-usul sambutan Deepavali.
5. Segmen 3 — “Buku”
5.1. Para peserta berkongsi cerita
tentang buku (mana-mana bahasa) yang sedang
dibaca atau pernah dibaca baru-baru
ini.
5.2. Jika anda seorang penulis,
boleh menggunakan peluang ini untuk bercakap tentang karya terbaharu yang sudah
terbit atau karya yang sedang ditulis.
5.3. Minimum 2 minit, maksimum 3
minit setiap orang.
6. Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 21 Oktober 2021 (10:00 malam) jika ada sebarang pertanyaan.