23 Jan 2021

Sesi Bedah Manuskrip Cerpen


Sesi bimbingan ini merupakan sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan dan bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan cerpen bermutu dalam Bahasa Malaysia.

Tarikh: 6 Februari 2021 (Sabtu)

Masa: 8.00 – 10.00 malam

Platform: Google Meet

Pengeras: RM20


Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:

1. Anda membayar pengeras RM20 (tidak dikembalikan) ke akaun 8002429656 (CIMB) sebelum 31 Januari 2021 (9:00 malam).

2. Anda mengirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952: Nama Penuh, Tarikh Bayaran, Masa Bayaran sebelum 31 Januari 2021 (9:00 malam).

3. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah cerpen baharu dan asli sepanjang 100 perkataan (minimum) hingga 200 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya permulaan cerpen, bukan keseluruhan cerpen.

4. Anda wajib menyemak manuskrip anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa. Ingat: Ini bukan bengkel membetulkan kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan, dan imbuhan!

5. Anda mengirim bahagian awal cerpen itu ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 31 Januari 2021 (9:00 malam). Manuskrip melebihi 200 perkataan tidak akan dilayan.

6. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca cerita yang anda tulis.

7. Anda akan menerima pengesahan daripada saya mengenai penerimaan bayaran (pengeras) dan manuskrip cerpen.

8. Pada 6 Februari 2021, sekitar 7:45 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.

9. Anda wajib menyediakan kertas/buku dan pen untuk mencatat nota sebelum mendaftar masuk dan menyertai sesi di Google Meet. Peserta tanpa kertas/buku dan pen akan ditendang keluar (kick out).

10. Manuskrip cerpen kiriman anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan ke arah menjadikan cerpen anda sebuah karya bermutu. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan Sesi Bedah Manuskrip Cerpen, sila hubungi saya menerusi WhatsApp  011-11411952 sebelum 31 Januari 2021 (9:00 malam).