28 Dec 2018

Antara “Himpunan” dengan “Perhimpunan”


Himpunan Penulis Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 November 2018 menimbulkan beberapa isu penting yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terbabit.

Selain daripada polemik berkaitan penulis “pinggiran” dan penulis yang “mengambil kesempatan”, penulis pula terpanggil untuk melihat kepada nama program itu sendiri, khususnya perbandingan antara “himpunan” dan “perhimpunan”.

Dalam catatan di akaun Facebook Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bertarikh 10 Oktober 2018, dinyatakan bahawa pihak berkenaan telah “mengunjungi Sasterawan Negara Dato Baha Zain untuk menjemput beliau menyampaikan ucap utama Perhimpunan Penulis Malaysia 2018”. [Rujukan]

Penulis membaca laporan Berita Harian (17 November 2018) yang menggunakan “Perhimpunan Penulis Malaysia” pada kapsyen foto tetapi “Himpunan Penulis Malaysia” pada kandungan berita. Laporan di akhbar sama (25 Oktober 2018) pula menggunakan “Himpunan Penulis Malaysia”. [Rujukan]

Akhbar Utusan Malaysia (6 Mac 2005) menyiarkan berita mengenai “Perhimpunan Penulis Muda Nasional” yang berlangsung di Tanjung Piai, Johor pada Jun 2005. [Rujukan] Catatan di blog Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) pada 24 November 2009 turut menggunakan nama “Perhimpunan Penulis Muda PENA Malaysia”. [Rujukan] Sementara itu, “Perhimpunan Penulis Muda Nasional III” anjuran PENA berlangsung pada 16 Disember 2011. [Rujukan] …

[Reaksi penuh boleh dibaca dalam majalah Dewan Bahasa keluaran Januari 2019. Versi asal reaksi ini ditulis pada 18 November 2018. © Uthaya Sankar SB]