15 Apr 2018

Siri Karya Klasik India

Sempena Vishu – tahun baharu orang Malayali – pada 15 April 2018, saya meneliti semula manuskrip untuk diterbitkan dalam Siri Karya Klasik India.

Manuskrip yang sudah tersedia adalah kisah awal jurai keturunan Rama dalam Ramayana, kisah awal jurai keturunan Pandu dalam Mahabharata, ulasan sekitar 110 kural dalam Thirukkural, serta penceritaan semula kisah dalam puisi klasik Megha Duta.

Selepas meneliti manuskrip dari segi kandungan dan panjang (halaman), saya bercadang untuk menerbitkannya dalam tiga buah buku; masing-masing sekitar 120 halaman:

1 – Ramayana

Setiap buku akan dicetak 500 naskhah sahaja. Setiap naskhah akan ditandatangani dan diberi nombor giliran (bagi tempahan awal sahaja). 

[Tempahan Dibuka bagi Buku Pertama]


Seperti biasa, saya memerlukan sokongan orang ramai menerusi tempahan awal berbayar (paid pre-order) yang akan dijadikan modal sosial bagi membantu menampung sebahagian kos mencetak buku ini. [Tempahan dibuka bagi Buku Pertama]


Saya juga memerlukan penglibatan sekitar 20 sukarelawan untuk menjadi penyunting bersekutu. Tugas menyunting dan menyemak manuskrip akan dibahagikan sama rata dalam kalangan penyunting bersekutu. [Maklumat di sini]

Komen rakan-rakan yang pernah membaca karya-karya saya sebelum ini juga dialu-alukan untuk dimuatkan dalam buku edisi khas ini. Ini peluang untuk mendokumentasi pandangan anda dalam sebuah buku. [Maklumat di sini]
Menerusi modal sosial (tempahan awal berbayar), kehadiran penyunting bersekutu, dan komen pembaca, maka kelahiran Siri Karya Klasik India ini menjadi milik serta kejayaan kita bersama; bukan kejayaan individu.


Saya perlu berusaha mencari sekurang-kurangnya RM3,000 bagi menampung sebahagian kos mencetak (tidak termasuk kos-kos lain) setiap buku dalam siri ini. Semoga usaha ini mendapat sokongan moral dan sokongan kewangan daripada orang ramai.

Maklumat tempahan awal berbayar (modal sosial) dan undangan menjadi penyunting bersekutu [DI SINI].

Anda boleh menghubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej Facebook atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan berhubung usaha penerbitan Siri Karya Klasik India ini. [Tempahan Bagi Buku Pertama]