27 Dec 2017

Sumbangan Orang “Bukan Tamil” Kepada Perkembangan “Tamil”


Hasil pemerhatian, saya mendapati memang wujud semangat “perkauman” dalam kalangan segelintir kecil orang Tamil yang merupakan sekitar 80% kaum India di Malaysia.

Seolah-olah kehadiran minoriti Malayali, Telugu, Punjabi, Chetti, Chindian dan sebagainya akan menggugat bahasa, budaya, tradisi dan agama orang Tamil.

[Artikel berkaitan – Identiti dan Jati Diri]

[Isu berkaitan – RUJUK DI SINI]

Sebenarnya, minoriti Malayali, Telugu, Punjabi, Chetti, Chindian dan sebagainya turut memberikan sumbangan besar kepada perkembangan dan kelangsungan bahasa Tamil, sekolah Tamil, budaya Tamil, sastera Tamil, akhbar Tamil, radio Tamil, filem Tamil, pendidikan Tamil, pengajian Tamil, muzik Tamil, tarian Tamil dan sebagainya di Malaysia sejak dahulu.

Sayang sekali apabila segelintir kecil orang Tamil yang tidak tahu sejarah mula menganggap orang “Bukan Tamil” sebagai musuh. Mereka seolah-olah takut pada bayang-bayang sendiri!

Malaysia Nanban, 19 Januari 2016
“Awak bukan orang Tamil, jadi awak tak ada hak masuk campur!” Demikian mekanisme defensif yang sering digunakan. Malah, akhbar Malaysia Nanban (19 Januari 2016) menyiarkan rencana satu halaman untuk menegaskan bahawa saya tidak ada hak mengkritik sekolah Tamil (SJKT) saya bukan keturunan Tamil dan bahasa ibunda saya bukan Tamil.

Saya percaya anda ada maklumat mengenai individu “Bukan Tamil” yang turut menyumbang kepada perkembangan “Tamil” di Malaysia sejak dahulu.

Sudilah berkongsi di  bawah ini menggunakan Bahasa Malaysia, Tamil atau Inggeris. Atau anda boleh kirim mesej peribadi kepada saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my jika anda tidak mahu nama diketahui umum. Komen terpilih mungkin disunting untuk disiarkan di blog dan media sosial.