Judul: Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu
& Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia
Penulis: Ahmat Adam
Penerbit: Strategic Information and Research Development
Centre (SIRD)
Tahun: 2016
Tebal: 212 halaman
Harga Pasaran: RM35.00
Harga Saya: RM30.00
+ PosLaju RM7.00 = RM37.00
(Beli bersama-sama buku-buku lain – SENARAI
DI SINI – untuk menjimatkan kos PosLaju.)
Buku ini berjaya memecah tembok pemikiran konvensional
berhubung kedudukan Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah sebagai teks
sejarah, serta membahaskan kedudukan Hang Tuah sebagai watak sejarah, legenda,
mitos atau dongeng.
Sejak kanak-kanak, saya sendiri tertanya-tanya mungkinkah
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu merupakan
adaptasi daripada Yudhisthira, Bhima, Arjuna, Nakula dan Sahadeva dalam Mahabharata dan Pandawa Lima. Hipotesis saya diselitkan
dalam cerpen “Laksamana Arjuna” (Pulau Pendatang, 2015).
Saya membaca buku Membongkar
Rahsia Dunia Melayu (2014), Antara
Sejarah dan Mitos (2016) dan Hang
Tuah: Catatan Okinawa (2015) sebelum menulis makalah “Hang
Tuah Hanya Mitos?” (The
Malaysian Insider, 16 Februari 2016) dan “Hang
Tuah Tidak Wujud?” (The Malaysian Insider, 23 Februari
2016).
Buku Antara Sejarah
dan Mitos oleh Prof. Emeritus Dr Ahmat Adam adalah antara kajian akademik
terbaik yang amat objektif serta lari daripada sudut pandangan etnosentrik
dalam memperkatakan Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah.
Malah, penulis mendedikasikan buku ini “Untuk mereka yang mahu belajar Sejarah”.
Sari Rangsang (Blurb):
Naskhah Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah, adalah karya klasik
agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah
kebudayaan bangsa itu.
Dihasilkan pada
abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan
berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam
pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu.
Kendatipun banyak
orang menganggap Sejarah Melayu
sebagai sebuah karya sejarah yang bona
fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat
Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan
Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha
membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk
menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah
Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan
sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam
sejarah.
Mungkinkah
kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah
terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah
yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak
tidak kurang daripada empat abad yang lalu?
Buku Antara
Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang
sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga
menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi
menentukan sama ada figura ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun
semata-mata tokoh yang dimitoskan.
Kandungan:
Prakata
Bab I – Apakah Sejarah?
Bab II – Memperkenalkan Sejarah
Melayu Naskhah Krusenstern
Bab III – Tersilapkah Anda Membaca Sejarah Melayu Selam Ini?
Bab IV – Sejarah Melayu
sebagai Sumber Tarikh Pembukaan Melaka?
Bab V – Mitos, Makna, dan Keindahan dalam Teks Sejarah Melayu
Bab VI – Betulkah Hang Tuah Wujud?
Bab VII – Nota Ringkas tentang Makam Hang Tuah
Bab VIII – Kesimpulan
Glosari
Bibliografi
Indeks
Beli
buku ini bersama-sama buku-buku lain – SENARAI DI SINI – untuk menjimatkan kos
PosLaju. Jaminan bahan bacaan
bermutu.