18 Nov 2016

Ilustrasi Cerpen Kanak-kanak


Menjelang Jun 2017, saya bercadang menerbitkan kumpulan cerpen kanak-kanak. Sejumlah 10 cerpen sudah dikenal pasti.

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan kanak-kanak, ibu bapa, guru, dan sesiapa yang mahu menikmati cerpen kanak-kanak bermutu dalam Bahasa Malaysia.

Saya sedang dalam proses membaca semula, menyemak, membetulkan, dan memurnikan manuskrip – walaupun cerpen-cerpen ini sudah pernah tersiar di majalah.

Memandangkan ini sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak, tentulah buku ini amat sesuai dimasukkan ilustrasi (lukisan) berwarna. [Contoh – Nari! Nari!]


Maka, saya sedang mencari (1) individu yang bersedia untuk bekerjasama dengan saya sebagai ilustrator (pelukis).

Cadangan lain adalah (2) mencari sekumpulan kanak-kanak untuk membuat lukisan, atau mewarna lukisan.

Pilihan terakhir adalah (3) saya terpaksa melukis sendiri.

Idea dan cadangan bernas dialu-alukan. Hubungi uthayasb@yahoo.com.my sebelum 31 Disember 2016.