2 Jun 2013

Hanuman: Edisi Terhad

Saya bercadang menerbitkan semula novel ini dalam bentuk “edisi terhad” sekiranya mencapai tempahan minimum 200 naskhah. Jualan hanya melalui “tempahan awal” (pre-order) dan buku ini tidak akan dijual kepada sesiapa yang tidak membuat tempahan berbayar.
 
Memandangkan novel yang dimurnikan ini akan terbit dalam bentuk “edisi terhad” dan dengan nombor siri khas, saya akan mencetaknya dalam bentuk kulit tebal (hardcover) sahaja.
 
Sila hubungi saya jika anda berminat membeli novel ini sebagai tanda sokongan. Harga novel “edisi terhad” ini dijangkakan antara RM30.00 dan RM40.00 senaskhah. [MAKLUMAT LANJUT DAN BORANG TEMPAHAN]