23 Dec 2012

Sifir Mudah Si Bahlul


Pada  Julai 2012, seorang individu tidak dikenali yang mungkin (ulang: mungkin) terencat akal mengemukakan “Sifir Mudah Mengapa Perjuangan Kavyan Mesti Ditolak” menerusi catatan di laman rangkaian sosial Facebook.
 
Berikut petikan sifir mudah yang dikemukakan “budak” itu:
 
1. Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia -- mana satu yang betul?
2. Kavyan kata bahasa Malaysia.
3. Saya kata Kavyan tak faham perlembagaan, terutamanya Perkara 152.
4. Saya kata Kavyan bodoh perlembagaan sebab Perkara 152 tidak termasuk perkara yang boleh dipersoalkan.
5. Saya kata Kavyan bahlul dan dungu perlembagaan sebab walaupun kebebasan bersuara ada diperuntukkan, tetapi kebebasan itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada, seperti seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 yang mengatakan bahawa Perkara 152 tak boleh dipersoal.
 
Ternyata “budak” yang mungkin terencat akal itu mungkin juga bodoh, bahlul dan dungu. Ternyata budak itu beranggapan, apabila Kavyan - dan saya - menggunakan istilah Bahasa Malaysia, maka kami menolak istilah bahasa Melayu serta bersikap anti-Melayu. Semoga Allah Yang Maha Pengasih merahimi “budak” berkenaan. Baca juga kisah budak hingusan itu DI SINI.