24 Dec 2012

Akbar dan Islam Liberal

Saya pernah belajar mengenai sultan Mughal ketiga di India, Jalaluddin Muhammad Akbar (Akhbar the Great) dalam buku teks di sekolah. Sebagaimana Nabi Muhammad, Akbar juga menggalakkan dialog antara agama – walaupun pada peringkat awal, putera kepada Sultan Humayun itu dilaporkan menindas penganut agama-agama lain.
 
Filem Hindi “Jodhaa Akbar” (2008) lakonan Hrithik Roshan membantu kita lebih memahami Islam liberal, sekular dan plural yang diamalkan, ditegakkan dan disebarkan oleh penganut mazhab Syiah-Sunni itu.
 
Akbar juga mengasaskan ajaran (agama) baru yang dinamakan “Sulh-e-kul” (keamanan sejagat) yang menumpukan pada keamanan, perpaduan dan tolak-ansur sejagat tanpa sebarang diskriminasi agama.
 
Kalau puak tertentu berpeluang menonton dan memahami mesej serta paparan yang disajikan menerusi “Jodhaa Akbar” maka tentu filem itu juga akan diminta supaya diharamkan. Hal ini kerana filem hampir tiga setengah jam itu mendedahkan terlalu banyak fakta sebenar yang mungkin sukar diterima puak tertentu. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.