14 Oct 2012

Rudra Avatara

Uthaya Sankar SB adalah antara kelompok kecil penulis yang sangat cekal mempersegar kegiatan bahasa tanah air. Kumpulan cerpen Rudra Avatara ini adalah sebahagian bukti yang kukuh itu.

Saya sentiasa tertarik dengan kesungguhan Uthaya Sankar SB berkarya, malah turut kagum oleh kegiatan seninya melalui pergerakan Kavyan.

Dengan Rudra Avatara kini ternyata beliau ingin terus bersuara menyetiai pesanan Mahatma Gandhi yang tegas menyarankan agar kaum seniman sentiasa berani mengetengahkan kebenaran.

(Datuk A. Samad Said, Bangsar Utama, 24 Jun 2008. Sila KLIK DI SINI jika berminat membeli kumpulan cerpen ini.)