17 Sept 2012

Panchayat – Reaksi 5

Sebuah cerita yang hebat. Saya terkenang akan kenangan lalu apabila kita mempunyai jiran-jiran Cina dan juga India. Kita banyak belajar adat antara satu sama lain. Filem-filem dulu yang saya tonton bersama-sama ibu, seorang peminat tegar filem Tamil, banyak membuatkan saya rindu pada unsur-unsur dalam Panchayat. Dulu saya hanya mengetahui gelaran itu sekadar ketua menjatuhkan hukuman. Sekarang, dengan novel ini, barulah saya lebih jelas. Novel yang menarik dan memberikan kita banyak sudut pembelajaran; kebudayaan dan juga kemanusiaan. Novel yang harus dimiliki oleh semua lapisan! – Mohd Rafi Jalaluddin (penulis Dulu Pencuci Kini Pengurus) di Facebook pada 28 Ogos 2012.