10 Sept 2012

Panchayat – Reaksi 2

Saya selesai membaca novel Panchayat: Edisi Khas dalam masa sehari (30 Ogos 2012). Rasa ingin tahu membuatkan saya tidak mampu menghentikan pembacaan dari satu bab ke bab seterusnya. Sepanjang membaca, persoalan-persoalan yang ditimbulkan membuatkan saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Saya juga membaca secara aktif dan membuat andaian-andaian mengenai apakah yang mungkin berlaku seterusnya dalam cerita ini. Ada beberapa unsur kejutan yang membuatkan saya merasakan seperti saya terlibat sama dalam kisah yang diceritakan. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati membaca novel ini. – P. Thiruselvam (Guru SJK Tamil) pada 31 Ogos 2012. [BIODATA]