31 Dec 2011

Kavyan Buka Keahlian kepada Umum

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada Ogos 1999 kini membuka keahlian kepada masyarakat pelbagai kaum.

Keputusan membenarkan warganegara Malaysia daripada golongan “Bukan Kaum India” memohon menjadi ahli diputuskan semasa Mesyuarat Tahunan Kavyan pada 6 November 2011.


Mesyuarat berkenaan membincangkan usul supaya keahlian Kavyan dibuka kepada semua rakyat Malaysia (tanpa mengira kaum); dengan syarat bahawa individu yang memohon menjadi ahli mestilah berminat membaca Sastera Kavyan.



Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini.