20 Apr 2011

Uthaya Perlu Ditahan ISA?

Berikutan kenyataan saya mengenai jawapan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam soal Kamus Dewan, ada pihak di Facebook yang menyarankan supaya saya ditahan mengikut ISA!


Saya mendapat maklumat daripada seorang kenalan pada sekitar jam 11:45 malam, 19 April 2011 mengenai perkara itu. Lalu saya mencarinya di Facebook.



Kebetulan, individu yang memaparkannya adalah seorang “rakan” saya di Facebook.



Individu berkenaan memetik sepenuhnya berita di The Malaysian Insider [BACA DI SINI] dan dipaparkan pada halamannya.



Individu itu ternyata “kurang cerdik”, “kurang ilmu”, “tidak faham bahasa” – atau ringkasnya “bodoh” kerana tidak faham isu sebenar!



Komen yang ditulis individu itu di bawah paparan di laman Facebooknya adalah:



Lepas Interlok, Kamus Dewan pula. Apa ke hal, lepas satu, satu, hantar saja sidia tu ke ISA kerana cuba menggugat ketenteraman rakyat di negara ini?



Satu lagi komen oleh “rakan”nya adalah:


"sudah naik tocang rupanya dia. elok juga d kenakan ISA. Ini negara kita MALAYSIA bukan INDISIA."


Sila KLIK pada foto untuk membaca catatan asal.


Terbukti komen-komen yang diberikan itu “berniat jahat” dan “fitnah” kerana kenyataan saya (dan Kavyan) yang boleh DIBACA DI SINI tidak sedikit pun mempersoalkan kandungan Kamus Dewan.



Apakah tindakan yang wajar dalam isu ini? Ada pakar undang-undang yang sedia memberi nasihat kepada saya?


NOTA: Gambar penuh (tanpa sembunyikan foto dan nama) akan dipaparkan di blog ini pada pukul 10:00 pagi, 20 April 2011.