
.
Sebelum ini, saya sudah memiliki novel Soul Mountain dan One Man’s Bible karya Gao Xingjian yang merupakan penerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) bagi tahun 2000. Kedua-duanya saya beli di kedai Pay Less Books beberapa tahun lalu dengan harga murah juga.
.
Membaca cerpen “The Temple” mengingatkan saya kepada cerpen “Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah” manakala cerpen “In The Park” membuktikan kata-kata Gao Xingjian bahawa unsur bahasa yang indah – bukannya plot – mampu menggerakkan cerita.
.
Saya membaca “The Temple” pada petang 7 Januari 2010 dan “In The Park” pada petang keesokannya; sementara menunggu di luar sekolah tempat Devishi Prabha Sankari belajar.
.
Ada empat lagi cerpen untuk saya nikmati minggu ini!