7 Aug 2009

Menempah Buku-buku dari Kubur

Saya percaya bahawa saya akan menerima stok buku Siru Kambam (1997), Surat dari Madras (1999), Orang Dimensi (1994), dan Hanuman: Potret Diri (1996) dalam masa terdekat.

Sila KLIK DI SINI untuk sedikit maklumat mengenai buku-buku berkenaan yang saya sifatkan sebagai “bangkit semula dari kubur”.

Jom bergaya dengan buku!

Ada sesiapa yang mahu membuat pesanan buku-buku berkenaan sebelum kehabisan stok secara hakiki?

Harga istimewa yang saya tawarkan adalah RM20.00 sahaja bagi pakej keempat-empat buku sekali gus bagi 50 pembeli terawal.

Harga buku, jika mahu dibeli secara individu adalah seperti berikut:

Siru Kambam sahaja – RM10.00
Surat dari Madras sahaja – RM10.00
Orang Dimensi sahaja – RM3.00
Hanuman: Potret Diri sahaja – RM3.00

(Harga tawaran ini tidak termasuk kos penghantaran melalui pos. Jika mahu buku dikirim melalui pos, sila tambah RM1.00 bagi setiap sebuah buku.)

Untuk makluman, kesemua karya yang termuat dalam buku-buku berkenaan adalah karya asli dalam Bahasa Malaysia.

Harga istimewa yang saya tawarkan adalah khusus bagi sesiapa yang membuat pesanan terus daripada saya.

Buku-buku berkenaan juga sudah tiada dalam pasaran. Itulah juga sebabnya stok berkenaan perlu “dibangkitkan dari kubur”.

Untuk membuat pesanan, SILA KIRIM E-MEL ke uthayasb@yahoo.com.my dan saya akan berikan nombor akaun bank. AKAN TETAPI, wang hanya perlu dimasukkan apabila diminta berbuat demikian – iaitu selepas saya menerima stok buku-buku berkenaan.